aiskrm lina kek iqram bunge sushi suliza air sukan hijau konvo ros ns aym una bunge iqram bunge exam lemg f3 bungepurple iqram bungepink spongebob gua keliee boja pizza tiang bulan qiqah zura bgeoren kompang domo jihah kek smah air ulat pncg gunung oren ikan pepatung kek cahna cahnamen ajat mekap bunge pantai cah siput cupcake bunge badar cah lumut bunge kembang api manis buln kuihsampan cintakhadijh kek coklt milo baby coklt kekjmuan ros oren f5

Ekspedisi Gua Tempurung: KKF5

  • Wednesday, July 25, 2012
  • Cekgu Akmar
  • assalamualaikum -__*
    selamat berpuasa semua. aaa..td berbuka ape? ehhee

    sabtu yang lepas, sabtu seminggu sebelum puasa, kelab kelas form 5 buat ekspedisi gua tempurung.
    batch form five tahun ni punyalah aktif.macam-macam aktiviti dorang.
    mh zaimah, selaku wakil dari ibu bapa, dan wakil kelab kelas, telah meng'offer' kat saya untuk join sekali..hehe
    so, saya, mh suriatie ghazali, ml yathrib dan ml muaz telah mengiringi pelajar-pelajar ni.
    (bukan setakat iring, baring semua ada dalam gua nih.hahaha)

    masa mula-mula saya macam taknak ikut, sebab dibagitau, dorang pilih stage3. 
    kat gua tempurung ni, ada 4 tahap. saya pernah pergi dengan yus dulu, setakat stage 1 je. itu pun punyelah..penat. berpeluh-peluh. dan saya ada masalah lutut. tapi dipikirkan, bila lagi kan nak pergi? umur dah tua nih.hehe

    so, lepas je program qiam di sekolah, lepas sarapan semua, lepas kalut beli sarung tangan bagai, bas pun sampai. kami gerak dalam pukul lapan lebih kot..sampai dalam 9 lebih.

    sampai kat sana, En. Razlan, selaku pengerusi kelab kelas f5, ada kat situ. dia yang uruskan mengenai tiket semua. oke, sebenarnya, saya tak bawak pun masuk kamera. sebab dorang cakap ada basah-basah semua. 
    so, bawak hanset, letak dalam beg kalis air aiman ilyani.hehehe

    so, sapa yang tak pernah pergi, nih nak kongsi gambar yang saya amek masa first time pegi dengan yus dulu.

     oke, ni yus, housemate masa kat uni dulu.

    so, bawah ni, semua gambar dalam gua tempurung: stage 1

     
     
     
     
     
     aaa..kat sini boleh nampak area stage 1. apa yang bagusnya kat sini, stage 1 & 2 semua pakai tangga. so, sapa-sapa pun boleh naik. larat tak larat je.hehee.
    masuk stage 3 & 4 baru mencabar.

     
     tangga ada yang 90darjah. ada yang menjunam ke bawah. masa masuk stage dua tuh, saya dan gayat pandang bawah.haha.

     
     
     
     
     
     
     masa saya gi dengan yus nih, adelah sorang pemandu yang guide kita masuk dalam. takbestnya, sebab dia takde bagi penerangan pun.huhu

     tapi masa pergi dengan form5 hari tuh, guide nih siap tunjuk, batu bentuk ikan lumba-lumbalah, buayalah, gajah lah. macam-macam bentuk batu yang terhasil dari proses semulajadi.

     
     
     
     jalan masuk ke gua tempurung

     
     

    so, nak tahu apa yang kami buat kat stage 3 tuh, nah ni antaranya, gambar yang saya google.

     kena masuk lubang nih

     kena turun dari atas nih

    dan redah air macam ni

    entahlah, bagi saya, ekspedisi ni best, cuma, sebab ramai sangat orang dalam satu-satu tempat tuh, jadi tak rasa sangat pergi satu group.
    mukhayam kat papan lagi mencabar kot.
    tapi bak kata en razlan, kalau masuk stage 4 lagilah mencabar.hehe

     
     
     
     
     
     
     
     
     
      

    semoga trip ini memberi manfaat kepada semua :)
    dan alhamdulillah, lutut saya sangat baik pada hari tuh.
    :)

    0 comments:

    Labels

    Aqiqah (1) as (1) baby (1) convocation (1) ElmoDomo (4) Exam (1) family (1) JalanJalan (10) kawan (1) kem (5) magisAllah (2) MakanMakan (6) Potrait (1) projek cekgu bujangs (1) Resepsi (5) sekolah (6) Sukan (3)
    Powered by Blogger.