AMARAN: tulisan kali ni, agak panjang, jadi kalau tengah goreng cekodok, pastikan kamu dah angkat masuk dalam pinggan (mulut).
Assalamualaikum :)
salam kechentaan hati saya.
(dah lamalah takjumpa buah hati saya, aisha.tetiba rindu pulak T____T)
hujung minggu yang lepas, hari jumaat, sekolah adakan mukhayam form five & form four
sebenarnya mukhayam ni dijadualkan nak buat sebulan yang lalu, tapi ditunda, sebab masalah-masalah kewangan pelajar :)
jadi setelah sebulan, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. eceh!
petang 2.30 tuh, selepas sesi pendaftaran, semua pakat tunggulah bas.semua cam semangat jer nak pergi.
tapi bila bas sampai jer dalam kul tiga, semua macam .....huh?
semua dok bising-bising. mh ni ke bas nye? mh muat ke semua naik? macam -macam soalan. sampai cekgu pun tak tahu nak jawab apa. setelah berbincang-bincang, banat semua naik bas, banin ada yang naik van, kereta sendiri, dan pelajar yang tak cukup tuh, kena tunggu dulu, termasuklah cekgu. huhu
mula-mula semua cam tak sanggup nak naik, tapi biler dah naik, mintak turun lapan orang sebab risau overlimit, semua pakat takmau turun. kelakar budak-budak nih. lagi sanggup sama-sama susah. chomey je :)
dan yang tinggal, lapan orang student yang akan naik van, dan cekgu-cekgu yang cukup penyabar saya kire.hehe. jam dah pukul empat lebih, dan kami masih di sekolah? memang gile. raihan dengan sapa yer, saya lupe dah, siap jadi 'wartawan' lagi, melayan kerenah semua orang yang macam dah hilang mood nak bermukhayam.hehehe.
last-last kami lepak, dan bukak roti, makan ramai-ramai.hehe. (punyelah bosan menunggu transport)
lepas kami asar, barulah bertolak dari sekolah. ikut jalan batu gajah, patah balik pergi papan. kalau kami ikut pasir putih, sah-sah jam dan malam baru sampai. hehe.
terima kasihlah pada mh sek ren yang sanggup hantar kami sampai selamat tiba kat kawasan kem :)
sampai je kat perkarangan kem, letak je beg, kami berempat check keadaan student yang dah sampai awal.
terima kasih jugak kat fasi stam yang bertanggungjawab menolong binakan khemah peserta, angkat kerusi sampai ada yang injured.. sian sangat tengok dorang.
kawasan perkhemahan banat,
semua semangat berbincang dan menghafal tugasan yang telah diberikan. saya sampai lewat, jadi termiss perlantikan Anas (4soleh) sebagai penghulu dan Hanim (5mumtaz) sebagai penghuluwati.
fasi-fasi yang bertugas
selepas solat maghrib dan isyak, makan malam pertama, makanan kali nih, catering, cuma air jer disediakan oleh fasi.
lepas tuh majlis perasmian program mukhayam dan taklimat tentang program oleh Ustaz Makmum. dan ucapan semangat dari Pengetua, Muallim Zul.
ice-breaking
kami pun ber ice-breaking tau. hehe.
sesi taaruf dengan gelak ketawa, usik mengusik.
antara aktiviti yang budak-budak ni buat,
muallim-muallim
nyanyian lagu 'SEMANGATTTT'
main games lagi,
bersedia nak pergi night walk
0 comments:
Post a Comment